Ciri-ciri Stesen Stesen_MRT_Taman_Pertama

Lokasi

Stesen ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur dengan Jalan 2/90 di sebelah timur stesen dan Jalan Cheras. Di sebelah barat daya stesen terletaknya persimpangan bulatan antara Jalan Loke Yew, Jalan Yaacob Latiff dan Jalan Cheras. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Pertama, Taman Tenaga, Taman Bukit Ria, Hospital Veterinar Cheras, Pasar Malam Taman Bukit Ria, Cantik Apartment, SMK Cheras, SK Seri Cheras, Perumahan Awam Seri Sabah, pangsapuri mewah Sommerset Close, Lido Residency, Vistaria Residensi, Villa Vista Condominium dan Villa Seri Putri. Stesen ini juga terletak berhampiran bekas Velodrom Cheras yang dibagunkan menjadi pembagunan komersial.[3]

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Taman Midah)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Aeon-Maluri)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 400 dan 450 berkhidmat di hentian bas Velodrom Business Park berdekatan stesen ini.